Monday, November 30, 2009

Team Watch : Tenaga


Kredit : The Star

Sebut sahaja Tenaga, terbayang pasukan hoki yang saban tahun tidak pernah terkeluar dari senarai pasukan-pasukan terbaik hoki Malaysia. Menurut The Star, pasukan ini sudah memenangi 11 kejuaraan iaitu enam kali sebagai juara keseluruhan dan lima kali selaku juara liga.

Tahun ini tidak berbeza kerana nampaknya Tenaga yang dipimpin oleh jurulatih Nor Saiful Zaini sudah menyediakan satu pasukan yang mantap. Menurut The Star, tangkapan terbesar Tenaga kali ini ialah penyerang muda yang sedang mencipta nama iaitu Faizal Saari. Selain itu Tenaga juga bakal membariskan pemain-pemain muda seperti Mohamed Nor Hafiq, Mohamed Jamil Saidin, Izwan Firdaus dan Shazril Irwan.

Hoki.Com berpendapat langkah memudakan pasukan ini satu pelaburan baik untuk masa depan dan adalah satu bonus besar sekiranya pasukan ini berjaya mencipta kejayaan pada edisi lagi kali ini. Adalah sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Nor Saiful mampu membentuk kombinasi yang baik di kalangan pemain-pemain baru ini. Tenaga nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk menguji kombinasi ini apabila awal-awal diundi bertemu Sapura Jumaat ini. Menang atau kalah, keputusan Jumaat ini bakal menjadi petunjuk buat pasukan-pasukan yang bertanding bahang yang bakal mereka lalui apabila bertemu Tenaga.
Pemain lain yang membarisi Tenaga termasuk penjaga gol negara S. Kumar, ketua pasukan negara Mohamed Madzli Ikmar, pertahanan negara Mohamed Amin Rahim dan C Baljit Singh dan penyerang kebangsaan S. Selvaraju.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Followers

Blog Archive

About Me

Just a normal hockey lover who watches the game alone from the terrace.