Monday, November 30, 2009

Team Watch : Tenaga


Kredit : The Star

Sebut sahaja Tenaga, terbayang pasukan hoki yang saban tahun tidak pernah terkeluar dari senarai pasukan-pasukan terbaik hoki Malaysia. Menurut The Star, pasukan ini sudah memenangi 11 kejuaraan iaitu enam kali sebagai juara keseluruhan dan lima kali selaku juara liga.

Tahun ini tidak berbeza kerana nampaknya Tenaga yang dipimpin oleh jurulatih Nor Saiful Zaini sudah menyediakan satu pasukan yang mantap. Menurut The Star, tangkapan terbesar Tenaga kali ini ialah penyerang muda yang sedang mencipta nama iaitu Faizal Saari. Selain itu Tenaga juga bakal membariskan pemain-pemain muda seperti Mohamed Nor Hafiq, Mohamed Jamil Saidin, Izwan Firdaus dan Shazril Irwan.

Hoki.Com berpendapat langkah memudakan pasukan ini satu pelaburan baik untuk masa depan dan adalah satu bonus besar sekiranya pasukan ini berjaya mencipta kejayaan pada edisi lagi kali ini. Adalah sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Nor Saiful mampu membentuk kombinasi yang baik di kalangan pemain-pemain baru ini. Tenaga nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk menguji kombinasi ini apabila awal-awal diundi bertemu Sapura Jumaat ini. Menang atau kalah, keputusan Jumaat ini bakal menjadi petunjuk buat pasukan-pasukan yang bertanding bahang yang bakal mereka lalui apabila bertemu Tenaga.
Pemain lain yang membarisi Tenaga termasuk penjaga gol negara S. Kumar, ketua pasukan negara Mohamed Madzli Ikmar, pertahanan negara Mohamed Amin Rahim dan C Baljit Singh dan penyerang kebangsaan S. Selvaraju.

Sembang Hoki Abang Man (1)







Abang Man mula mengenali permainan hoki ketika tinggal di Tapah. Ketika itu abang Man masih bersekolah di SRK Satu Jalan Hospital, Tapah. Apa yang mencetuskan minat abang Man dan rakan-rakan terhadap hoki pada masa itu ialah Piala Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ye, ketika itu Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan hoki Piala Dunia. Agak hebat juga promo yang dibuat oleh TV dan akhbar sehinggakan minat terhadap hoki menyelubungi kami ketika itu dan minat berkenaan melekat hingga ke hari ini. Telinga abang Man masih terdengar-dengar lagu tema kejohanan hoki Piala Dunia berkenaan yang selalu berkemundang di corong radio dan di TV ketika itu. Beberapa baris liriknya masih abang Man ingati dan beberapa footage TV yang menunjukkan beberapa pemain Malaysia sedang mempamerkan skill masing-masing juga masih abang Man ingati. Bagi mengingati kejohanan berkenaan Jabatan Pos telah mengeluarkan setem khas dan sampul surat hari pertama.

Oleh kerana terlalu minat atau barangkali mahu mencuba ada antara kawan-kawan masa itu yang berusaha membuat kayu hoki sendiri dari batang ubi dan sebagainya. Tapi abang Man agak bernasib baik kerana arwah ayah juga seorang peminat sukan dan faham naluri abang Man serta adik beradik. Maka dibelikannya tiga batang kayu hoki untuk abang Man, abang kedua dan abang pertama. Cuma kayu hoki abang Man masa itu agak kecil dan pendik kerana ayah memikirkan abang Man masih kecil. Tapi dengan kayu hoki kecil itulah abang Man belajar dribbling di verendah kami. Kadang-kadang kami bermain di ruang dapur yang mempunyai ruang memanjang yang bersimen. Salah seorang dari kami akan menjadi goalie dengan pad penjaga gol kami buat sendiri menggunakan kotak (corrugated carton box). Setakat kederat kami budak-budak yang memukul, tidaklah sakit sangat apabila bola terkena pad berkenaan. Tetapi selepas beberapa kali dive ke sana sini, tali rafia yang mengikatnya akan putus. Pad itu juga akan hancur lunyai selepas beberapa ketika.

Tidak lama selepas itu juga abang Man mula bermain di padang rumput dan belajar hitting dan flick.



(Bersambung)

Sunday, November 29, 2009

Team Watch : Nur Insafi


Kredit : The Star

Kalau apa yang dirancang Nur Insafi menjadi kenyataan, nampaknya pasukan-pasukan yang bertanding dalam MHL kali ini harus membuka mata terhadap kemampuan Nur Insafi. Menurut The Star pasukan yang berpangkalan di utara itu bakal mendapatkan khidmat 16 pemain asing iaitu 12 dari India, 2 dari Pakistan dan seorang dari Mesir (Egypt). Dan pemain-pamain import ini bukan calang-calang pemain kerana ada antara mereka yang sedang mewakili negara masing-masing dan ada juga bekas pemain antarabangsa samada untuk peringkat senior atau junior.

Kenapa perlu Nur Insafi mengambil begitu ramai pemain asing ? Menurut The Star alasan pasukan itu ialah kebanyakan pemain berkaliber tempatan sudahpun dirembat oleh pasukan-pasukan di Lembah Klang. Jadi terpaksalah mereka menggunakan pemain import dalam usaha untuk mengejar kejayaan.
Memang menarik untuk diperhatikan sejauh mana kejayaan yang mampu dicapai Nur Insafi kali ini. Sempatkah mereka mengadun pemain-pemain berkenaan menjadi pasukan ampuh sedangkan liga sudahpun hampir bermula? Sesuatu yang menguntungkan ialah kehadiran pemain asing ini mampu meningkatkan saingan liga kali ini dan para pemain kebangsaan Malaysia bakal mendapat sparring partner tidak rasmi yang boleh membuatkan mereka sentiasa perlu bersedia dan memberikan sesuatu yang extra ketika perlawanan.





Malaysia Hockey League 2009 / 2010


Malaysia Hockey League (MHL) is starting this Saturday. Watch this space.

Search This Blog

Followers

Blog Archive

About Me

Just a normal hockey lover who watches the game alone from the terrace.