Monday, November 30, 2009

Sembang Hoki Abang Man (1)







Abang Man mula mengenali permainan hoki ketika tinggal di Tapah. Ketika itu abang Man masih bersekolah di SRK Satu Jalan Hospital, Tapah. Apa yang mencetuskan minat abang Man dan rakan-rakan terhadap hoki pada masa itu ialah Piala Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ye, ketika itu Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan hoki Piala Dunia. Agak hebat juga promo yang dibuat oleh TV dan akhbar sehinggakan minat terhadap hoki menyelubungi kami ketika itu dan minat berkenaan melekat hingga ke hari ini. Telinga abang Man masih terdengar-dengar lagu tema kejohanan hoki Piala Dunia berkenaan yang selalu berkemundang di corong radio dan di TV ketika itu. Beberapa baris liriknya masih abang Man ingati dan beberapa footage TV yang menunjukkan beberapa pemain Malaysia sedang mempamerkan skill masing-masing juga masih abang Man ingati. Bagi mengingati kejohanan berkenaan Jabatan Pos telah mengeluarkan setem khas dan sampul surat hari pertama.

Oleh kerana terlalu minat atau barangkali mahu mencuba ada antara kawan-kawan masa itu yang berusaha membuat kayu hoki sendiri dari batang ubi dan sebagainya. Tapi abang Man agak bernasib baik kerana arwah ayah juga seorang peminat sukan dan faham naluri abang Man serta adik beradik. Maka dibelikannya tiga batang kayu hoki untuk abang Man, abang kedua dan abang pertama. Cuma kayu hoki abang Man masa itu agak kecil dan pendik kerana ayah memikirkan abang Man masih kecil. Tapi dengan kayu hoki kecil itulah abang Man belajar dribbling di verendah kami. Kadang-kadang kami bermain di ruang dapur yang mempunyai ruang memanjang yang bersimen. Salah seorang dari kami akan menjadi goalie dengan pad penjaga gol kami buat sendiri menggunakan kotak (corrugated carton box). Setakat kederat kami budak-budak yang memukul, tidaklah sakit sangat apabila bola terkena pad berkenaan. Tetapi selepas beberapa kali dive ke sana sini, tali rafia yang mengikatnya akan putus. Pad itu juga akan hancur lunyai selepas beberapa ketika.

Tidak lama selepas itu juga abang Man mula bermain di padang rumput dan belajar hitting dan flick.



(Bersambung)

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Followers

Blog Archive

About Me

Just a normal hockey lover who watches the game alone from the terrace.